Skip to main content

MESTI BACA..tanda-tanda seseorang kanak-kanak didera.

              Centre’s for disease control and prevention mengatakan bahawa, 499 kanak-kanak berumur 1 tahun mati akibat penderaan dalam tahun 2006. Anggaran 1 dari 5 orang kanak-kanak perempuan,manakala 1 dari 10 kanak-kanak lelaki mengalami penderaan seksual.

               Penderaan didefinisikan sebagai satu keadaan dimana kecederaan yang berlaku kepada kanak-kanak yang bukan disebabkan oleh kemalangan. Antara jenis-jenis penderaan adalah, penderaan dan pengabaian fizikal (kecederaan yang bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi dilakukan oleh penjaga ke atas kanak-kanak.),penderaan seksual (paksaan ke atas ransangan seksual oleh seseorang yang tidak diingini termasuk ransangan secara mulut,dubur dan faraj atau memasukkan alat seksual mahupun memaksa melakukan aktiviti seksual), pengabaian / neglect ( gagal menyediakan keperluan asas kanak-kanak,pengabaian dalam bentuk fizikal,pendidikan dan emosi ) dan penderaan emosi kanak-kanak. (sebagai contoh,mengurung kanak-kanak dalam bilik gelap,menghina,memperkecilkan kebolehan mereka).

            Dari segi fizikal, kanak-kanak yang didera akan menunjukkan tanda-tanda seperti yang berikut iaitu, kebiruan / luka/ kepatahan yang tidak dapat diterangkan sebagai contoh pada anggota badan kanak-kanak atau terdapat bentuk-bentuk tertentu seperti bekas tangan atau jari. Kesan lecuran yang tidak dapat diberi keterangan yang jelas seperti, dicucuh rokok,disimbah dengan air panas dan sebagainya. Sakit / cedera pada bahagian kemaluan (bagi penderaan seksual)

              Kesan penderaan dari segi kelakuan yang akan ditunjukkan oleh kanak-kanak pula, mereka akan jadi sangat sensitif dimana mereka akan bertindak luarbiasa (marah) terhadap sebarang ketidaksekesaan. Membenci tubuh badannya sendiri kerana ianya mengingatkannya kepada kesakitan. Kurang percaya kepada orang lain. Mengalami ketakutan yang sangat tinggi ( kerana perasaan takut dan tidak percaya kepada orang lain). Mengalami masalah gangguan dalam pembelajaran dan percakapan ( bagi kes penderaan yang sangat teruk). Cenderung mendera binatang atau mengugut kawan dengan kasar.

              Dalam kes sebegini,peranan ibu-bapa atau penjaga sangat penting dan haruslah sentiasa peka terhadap perubahan-perubahan yang ditunjukkan oleh anak-anak.  Anda juga boleh merujuk kepada, Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-Kanak Selangor dan Kuala Lumpur, Jabatan kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, UNICEF dan NGO.



Comments

Popular posts from this blog

Sebab-sebab perempuan tak layan lelaki

Okey guys..pernah tak korang?? nak tackle perempuan ended with tak kena layan..even tak kena pandang  pon??..selalunya first impression korang... "ciss..sombong!..tak lawa mana pon.."..betul tak?..perempuan kalau jenis yang suka melayan selalu kena cop murahan..kalau jual mahal korang cakap sombong lak..lelaki suka minta gambar perempuan, kalau lawa boleh ajak couple..kalau tak lawa sepantas kilat jari tu tekan button 'block'..kan kan kan..hihi...tapi TAK SEMUA lelakicamtu..

      Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?

Abang angkat..Adik angkat...boleh percaya ke??

A;  "Dont worry laa syg,dia adik angkat i jerr..tak lebih dari tuu.."..

       B:" Tak laa syg..abg John Doe tu abg angkat bby jerrrrr.."

     Pernah tak korang jumpa situasi  macam ni?..mungkin bukan pada diri korang sendiri..mungkin kawan-kawan atau orang di sekeliling korang..
      Kalau boyfriend or girlfriend korang cakap "dia just adik/abang angkat i..tak lebih dari tuu"..apa korang akan rasa?..dalam 100% kepercayaan korang pada couple korang, confirm!at least 0.5%  dari 100% tu korang akan rasa cemburu dan rasa tak secure..betul tak?..kalau betul ,normal laa tu..
     Yang pertama,sebab korang sayangkan couple korang..bak kata pepatah,cemburu tanda sayang..so memang akan timbul perasaan cemburu dengan kehadiran (baru) perempuan/lelaki lain diantara korang..