Skip to main content

Bukan Cerita Dongeng : Berat Bahu Yang Memikul

                   Kisah seorang suami yang setia menjaga isterinya yang terlantar sakit berbulan-bulan di hospital. Seawal jam 6 pagi si suami sudah bangun untuk memandikan isterinya di atas katil dengan bantuan misi-misi yang bertugas. Si suami kemudian menyuap si isteri perlahan-lahan sarapan yang dibekalkan hospital. Setiap hari rutin yang sama sejak 3 bulan si isteri masuk wad dan tidak mampu bergerak. Walaupun tiada senyuman pada wajah si suami, namun beliau tidak pernah mengeluh.
                                                   Related image
                 Selesai memandikan dan memberi sarapan pada si isteri,si suami menghilangkan diri selama hampir satu jam sebelum
kembali semula ke sisi si isteri. Sekali itu sahajalah setiap hari si suami meninggalkan isterinya "pergi makan sikijap"..katanya. Begitulah rutin harian si suami.
             Setiap pagi si suami akan pergi ke kantin hospital untuk menjamu selera mengisi perut kosong. Segelas air kosong,secawan mi cup ,menu beliau setiap pagi. Itulah breakfast,itulah lunch dan dinner beliau. Menu sekali untuk tenaga sepanjang hari. Beliau kemudian termenung mengenang anak di sekolah asrama yang kini belajar dalam tingkatan 4. Duit simpanan semakin berkurang cukup-cukup untuk belanja sekolah anak  dan kos perubatan si isteri. Terdetik hati si suami untuk mencari kerja,namun keadaan si isteri yang sangat memerlukan sokongan emosi ketika ini membuatkan hatinya berbelah-bagi.
             Dengan situasi dan dilema sebegitu,wajarlah tiada senyuman yang pernah kelihatan terpancar di wajah beliau.

Dunia yang penuh warna-warni
1001 pengajaran  pahit mahupun manis
Dalam kita bergelak ketawa di sini
Di sana ada yang menangis......................bersyukurlah..

Comments

Popular posts from this blog

Sebab-sebab perempuan tak layan lelaki

Okey guys..pernah tak korang?? nak tackle perempuan ended with tak kena layan..even tak kena pandang  pon??..selalunya first impression korang... "ciss..sombong!..tak lawa mana pon.."..betul tak?..perempuan kalau jenis yang suka melayan selalu kena cop murahan..kalau jual mahal korang cakap sombong lak..lelaki suka minta gambar perempuan, kalau lawa boleh ajak couple..kalau tak lawa sepantas kilat jari tu tekan button 'block'..kan kan kan..hihi...tapi TAK SEMUA lelakicamtu..

      Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?

Abang angkat..Adik angkat...boleh percaya ke??

A;  "Dont worry laa syg,dia adik angkat i jerr..tak lebih dari tuu.."..

       B:" Tak laa syg..abg John Doe tu abg angkat bby jerrrrr.."

     Pernah tak korang jumpa situasi  macam ni?..mungkin bukan pada diri korang sendiri..mungkin kawan-kawan atau orang di sekeliling korang..
      Kalau boyfriend or girlfriend korang cakap "dia just adik/abang angkat i..tak lebih dari tuu"..apa korang akan rasa?..dalam 100% kepercayaan korang pada couple korang, confirm!at least 0.5%  dari 100% tu korang akan rasa cemburu dan rasa tak secure..betul tak?..kalau betul ,normal laa tu..
     Yang pertama,sebab korang sayangkan couple korang..bak kata pepatah,cemburu tanda sayang..so memang akan timbul perasaan cemburu dengan kehadiran (baru) perempuan/lelaki lain diantara korang..


MESTI BACA..tanda-tanda seseorang kanak-kanak didera.

Centre’s for disease control and prevention mengatakan bahawa, 499 kanak-kanak berumur 1 tahun mati akibat penderaan dalam tahun 2006. Anggaran 1 dari 5 orang kanak-kanak perempuan,manakala 1 dari 10 kanak-kanak lelaki mengalami penderaan seksual.